iklan
Monday, September 12, 2011
photoshoot with yumni harun
bersamaan 12.09.2011 aku n yum kuar utk photoshoot yang ke2.. kat area kg awh - sungai ling pahang... mula2 aku cuma berniat nk service kete jerk.. tpi tetibe lak dia ajak p shoot pic.. da la semlm pent drive dri jerteh ke pahng.. so lepas jerk siap service kete aku round usha tempat menarik..dlm perjlnn tu aku terpikir untuk photoshoot kt area ladng getah ayah aku dekt sungai ling.. alhamdullah pic yg dpt sgt2 menarik.. tpi kesian dekat yum coz gambar dia sekeping pun tak de,, ni la ruginye jadi photographer,.. hehe.,. tq syg.. cntik sgt gmbr2 tu... LU
Monday, April 25, 2011
nuff nang
hahaha akhirnya iklan nuff nang dah masuk dlm blog aku.. tq yumni harun coz update iklan tu...
Sunday, April 24, 2011
apendik
baru2 ni aku blik ker jerteh untuk tgok anak buah aku yang terlantar kt hospital.. kata doktor dia disahkan mengidap apendik. aku terpaksa drive dri phang ke jerteh.. first time aku memandu sejauh tu. tpi alhamdulillah smapi gak aku kt kg.. erm aku smpai kira2 jam 11 mlm.. bertolak plak dlm jam 2 dri bera n berhenti ambik haikal n abg apis (anak buah aku gak).. diorg sonok sgt la kalu dpt blik kg, almaklum lah kat umah diorg tak cukup tnah nk main2 n membe pun tak der asyik berkurung jer... yang kelalakrnye si haikal ni, bdan dia besar n sihat walau pun bru darjah satu, so smpai2 kg ape lagi start main basikal la, kejap kayuh sana, kejap kayuh cni, masuk reban ayam, p baruh.. bila ajak makn tgahari dia tak mau sonok sgt main.. bila dah magrib aku pun suh dia mandi, bila da berenti main n nk mndi mcm2 la jadi, skit kaki la, sakit perut la, gatal badan la.. puas la mek plak kena urut dia, sapu minyak tpi skit perut dia tak hilang2.. mcm2 daah mek wat last2 sekli aku suh dia makn nasi... lepas mkn nsi, pert pun kenyang skit seme hilang.. rupe2 nye dia lapo gile, tpi dsebabkan nk main punya pasl perut lapar pun diabaikan..hehe teringan zamm aku budak2 dulu cm tu la, kalu dpt main seme aku lupa.. erm satu hal lagi, pas melawt izul skit kat kubang kerian aku n family p umah k.nor lepak kondo dia.. c nina ank sepupu aku ni jenis suka bergaya n pndai membodek, dia ajk aku p mandi kt swimingfool, turun la aku meneman dia tapi aku tak join pun... nina ni cute dia suka benda yang cntik2, da nama gurl kan... katanye dia tak nk jdi model tpi dia nk jadi barbie...hehehe pech pert aku dgr cite dia...alamak pic tak leh upload.. len kali aku upload pic mizzz nina ni.. chowwwwwww
Wednesday, April 6, 2011
Resah, Gelisah...
satu kejadian yang aku tak sangka telah aku lakukan hari ini dan itulah punca aku termenung seharian.. salh aku kah? sumpah niat ku ikhlas, aku cuma berniat untuk mendidik dengan cara yang baik tpi aku rasa kan tindakan aku yang sedikit slah.. Bukan niat ku untuk memperlekehkan mereka tetapi mereka merupakan pelajar kelas tercorot, mungkin pemikiran mereka juga tercorot.. aku tidak marah kalu mereka kurang pandai,lambat mempelajari sesuatu tetepi ape yang sgt aku marah adalah sikap mereka yang aku anggap mals, kurang tumpuan dan datang kesekolah hanya untuk suka-suka..dan salahnye aku apabila aku mula menghukum mereka pada sesi persekolahan hari ini, ia bermula dari sikap keseluruhan pelajar, tetapi pelajar yang seorg ini telah ku perhatikan gerak lakunya.. sepnjang sesi p&p berlangsung diaseolah hilang tumpuan,bising, menganggu rakan.. aku tak thu mengapa dia begitu, dalam marah aku menengkingnya mengarahkan agar dia berdiri di atas kerusi, dalam malu2 nya yang pada ku rupanye begitu menjengkilkan menyebabkan marahku semakin membuak2.. dia hanya berdiri tetapi tidak di atas kerusi, aku merasa benar2 tercabar lalu aku memaksa nye lagi dan sekli lagi senyum menjengkilkan dan senyum itu seolah2 mencabar aku.. lalu ku ambil beg sekolahnya, ku cmpak dari TINGKAT 3.. aku puas, benar2 puas tetapi dia tetap berdegil tidak mahu berdiri di atas kerusi lalu ku halau bagi memuaskan ati ku.. dia keluar dengn senyum yang seolah2 mengejek ku... aku tahu dia turun untuk mengambil begnya.. ku biarkan, (padan muka).. lalu ku teruskan sesi p&p ku seketika kemudian aku lihat dia berjalan melalui kelas, mukanya mencuka, terselit rasa bersalah dihatikan lalu ku biarkan dia dikoridor.. masa P&p ku tinggal 30 minit lalu aku mendekatinya di sudut hujung koridor, aku bertanya di mana slah ku? kenapa dia seolah2 tidak suka pada ku? kenapa dia membiarkan helaian kertas tidak dicatitkan nota, dia cuma diam.. ku lihat mata nye kemerahan, aku menyuruh dia memandang ke arah ku...hanya seketika kemudian dipalingkan mukanya... ku tegur n ku nasihati dia.. selesai di situ dan dia mengaku kesalahannya.. tetapi pada ku masih belum ada yng selesai, jiwa ku terganggu, seolah2 aku yang salh mendidik, adakah pendektan ku slah? mereka masih muda dan aku yang sudah dewasa msih belum mampu mengawal diri ku sendiri dan bagai mana aku mahu atau dijadikan sebagai contoh.. aku masih belum layak mendidik............
Tuesday, March 29, 2011
BEnGANG
aku bengang ngan somebody yang berlagak diva... rasa mcm da bgus sangt n cantik... tolong la.. bukan nk merendahkan sesiapa tetapi dasar tak berpelajaran otak sempit, bercakap pun dah thu sejauhmana pemikiran mereka... mentaliti dan cara pemikiran pun menjelaskn siapa mereka...
ingatlah bahwa amal kita tidak dikira berdasrkan kecantikan kita... cntik akan datang selepas hadirnya sikap yang baik
aku mula menyampah, suka menjadikan sesuatu yang bukan isu sebagai isu.. setiap kali berkata-kata, kata yang dikeluarkan menceritakan cacat orang lain, setiap kata yng dilafazkan mengikut nafsu...
memang tak layak dijadikan kawan, mereka hanya mahu menindas dan mengambil kesempatan..
memang benar, ciri-ciri orang munafik apabila dia berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkiri...
kini aku belajar dari pengalamn. mengenali seseorang seperti mereka mengajr aku bhwa tidak semua manusia di muka bumi ini bersifat jujur malah ramai yang hadirnya memberi senyuman tetpi di belakang tangannya membawa racun....
aku perlu berhati-hati dan anda juga perlu begitu
Thursday, March 3, 2011
SeKOlAh
sebut pasal sekolah macam-macam perkara yang akan terlintas di kepala kita kan.. pelajar, guru, pengetua, kelas, undang-undang sekolah, baju sekolah, kawan-kawan, exam n macam2 lagi... semua tu menggambarkan keseronokan, tpi adakah sekolah ni tempat untuk berseronok? apa pentingnya undang-undang sekolah? kenapa perlunya ada guru disiplin? semua perkara itu turut menjadi tanda tanya pada kita.. sebetulnya semasa saya dibangku sekolah dahulu saya juga berfikiran begitu banyak persoalan yang saya tnya kan, kenapa tindakan begitu dilarang, kenapa tindakan begini ditegah, kenapa dan kenapa? bila saya mula menjadi pendidik walaupun hanya sementara waktu saya mula sedar betapa pentingnya sekatan-sekatan tersebut.sebenarnya semua guru sayang pada pelajarnya, semua guru mengharap yang terbaik dari pelajarnya dan guru juga berharap mampu menjadi serta menyumbangkan yang terbaik untuk pelajarnya..tiada seorang guru pun mengharap pelajarnya gagal dan hidup susah.. peranan ibu bapa juga penting dalam membantu melahirkan generasi yang berilmu dan bertamadun
Thursday, February 24, 2011
GUru, CIkgu, PendidiK....
Ermm sedar tak sedar rupe2nye dah sebulan aku bekerja sebgai guru... pada mulanye aku tak berapa cnfident nk mengajar diorg almaklumlah dah dekat 5 thun aku tinggalkan alam sekolah ni... masuk sekolah aku rase ada lain...budak2 panggil aku cikgu.. wah terasa bangga jap... tpi seronok aku tak lama, selepas seminggu aku mengajar perasaan seronok bertukar menjdai resah, bimbng, sedih seme bercmpur gaul... aku sedih bila melihat bangsa aku naif, aku sedih melihat bangsa aku semkin terkubur dengn keseronokan zaman mereka... setiap kata2 aku semsa mengajar umpama bebelan kosong yang tak de manfaat pada mereka, malah aku dipersendakan. aku sedih melihat telatah mereka seolah2 mereka takkan menemui zaman dewasa dan zaman tua mereka... aku bimbang masa depan mereka, aku resah memikirkan mengenang perkkara yng bakal terjadi pada mereka.. aku selaku guru, kakak dan ibu cuma dipermainkan. setiap kali usai kelas ku, aku pasti termenung memikir mereka, sabar ku hilang....... aku sedih dan rawan............
Saturday, January 22, 2011
xcted.. i will be a teacher
xcited gile.. tak sangka aku dpt jadi guru ganti kat sekolah akak aku kat bera, walaupun sbgai guru ganti tpi ia amat bermakna buat aku... aku betul2 nak jdi cikgu.. minat gile.. dri kecik lagi aku ada 3 cite2.. cita2 pertama aku nk jadi lectre.. cite2 kedua aku nk jadi cikgu, n yng ketiga aku nk jdi polis... walaupun thun lpas aku ada interview untuk jdi polis tpi bukan rezeki aku coz tak cukup inci di tambah plak ramai yg pakai cable besr2 untuk dpt keje.. untuk makluman aku dah mintak kpli n dpli dah 3x tpi lum rezeki aku. tpi dpt jdi guru ganti pun dah kira ok... erm... aku tak thu mcmne nk berdepan ngn student yg pelbagai kerenah nye.. jgan nakal macm masa aku sekolah dulu sudah la... hope semua berjln lancar isnin aku sudh mula bergelar guru walaupun sekejap..hehe tak sbr nk dengar studen panggil aku CIKGU MURNI...hehehe.. aku juga berkemungkinan mengajar PJ, sains, SEJ, n sivik.... selamat menjdi guru murni..
Friday, January 21, 2011
kereta oh kereta
ni palak pic ladang aku yang telah aku tebas semak samunye...
aku cbuk skg pagi p teman mek menoreh walaupun tak pndai menorah tpi aku boleh menebas semak samun kat ladang tu...lpas 4 hari aku p menebs semak samun akhirnya hampir 70% dah berjaya... dalam pada tu aku mintak upah dekat mek n ayah coz nk beli kete, memg gile2 aku kejar target... erm skrg wang terkumpul ada dalm 2ribu.. ada 3ribu lagi kau kena cri untuk byar muka kereta... kna gak usaha.. baru2 ni aku dapt upah mengutip beku getah n menebas selama 4 hari sebanyak rm 200.00 ok latu kan.. sape nk bagi byak tu.. jadi tinggal rm 2800.00 lagi duit yg perlu aku cri... di sebabkan getah tengah mahal sekarang so tak la rase bersalah sgt untuk aku bodek duit lebih sikit.. hehe.. nak tgok kete idaman aku?
keNduri KahWin MAzwina Dan NUrimAN
First time dalam hidup aku, aku jadi pengapit.. huhu berdebar gile nasib bek la aku pakai baju cntik ala2 datin..hahahaha.. perasan jap.. mazwina ni kawan aku dari sekolah rendah lagi.. kami memg kamcing...dan yang paling bermakna bila phtogrpher perkahwinan beliau adalah si dia... thanks mok na coz mempercayai hasil kerja dia n trma suggestion aku... so aku selitkan pic2 yang telah di shoot oleh si dia.. enjoy...
hadiaH Hari Lahir
erm... aku bab hari lahir ni tak berapa nk kisah terutama pasal hadiah.. tpi tak sangka si dia sangup memberi hadiah sempena hari lahir ku... tahun yang terdahulu aku aku dpt ank patung (bear) warna coklat.. cntik nama dia yaya... tahun ni plak terlalu banyk pda ku hadiah yang si dia berikan.. pertama tphne bimbit C3
kedua frim gambar yang masih belum aku dpt lihat coz adiah tu blum lgi aku ambil dri si dia. dan yang ketiga novel yang aku nanti2 kan kemunculanya.. rayyan fantasi dari Ramli Awang Murshid..
thaks alot dear.. im always love u... muaah..hehhe
my BiRtHDayZ...
Tanggal 15 januari 1986 aku dilahirkan di muka bumi ALLAH ini.. dengan bersusah payah aku berusaha untuk ke alam ni. 9 bulan 10 hari aku bertarung untuk terus hidup dan dalam tempoh tersebut juga, aku pasti ibu ku telah banyak bersusah payah untuk melahirkan aku. cepat masa berlalu, 25 tahun sudah usia ku, berjalan tanpa lelah walaupun kadangkala tersandung di pertengahan jalan, ku capai ibu ku sebagai tempat berpaut.. makin bertambah usia ku, itu bermakna bertambah jua usia mu... tanpa sedar diri mu dimamah waktu, kerut wajah mu tidak aku edari sehingga satu hari aku merenung mu dalam2, baru ku sedar kau terlalu tua kini.. Tpi mengapa aku lihat kau begitu gagah, sebak hati ku bila melihat kau masih bekerja diladang, mencium busuk aroma getah yang pada mu aroma diri mu.. Aku bingung di usia aku begini aku masih menangis tika hati ku terguris, tika hati ku tidak sabar, tika hati ku gundah, tika hati ku tidak puas, tika hati tertekan.. tapi kau ku lihat tenang, bagai tiada masalah yang wujud dalam hati mu... ibu hari lahir ku kali ini banyak mengajar aku siapa kamu dan lebih menghargai mu....aku tidak mahu menjadi anak kecil lagi...
Thursday, January 6, 2011
TahUn BAru ... 2011
eermmm sebut pasal tahun baru ni, aku rase lum terlambat untuk aku wish hapie new year... kesibukan wat aku tak sedar masa berlalu terlalu pantas. thun ni masuk 1 tahun aku manganggur tidak bekerja, apa la nasib badan.. tpi aku percaya selagi kita berusaha n berdoa, INSYAALLAH kita akan memperolehi ape jua yang diimpikan... cerita perihal tahun baru ni, aku datang dengan azam baru.. cewwwwaaah...(tiap Kali thun baru mesti azam baru kan hehehe).. aku berjanji dengan diri sendiri untuk tahun ni, aku nk kumpul duit banyak-banyak sebanyak harta ismik ulam raja..hahaha.. al kisah nk kumpul duit ni bukan sebab ape, aku nk kawin, coz aku ase aku dah tua sekarang..huhuhu.. satu lagi azam tahun baru aku adalh aku nk kurus.. nak solid macam dulu-dulu.. paling kuang berat yang aku kena turun ialah 12kilo.. ala bukan byk pun kan..huhuhu... mesti capai target.. chayok2.. ada sape2 nk wat azam baru macm aku tak..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)