iklan

Friday, June 11, 2010

Kanser payudara

Punca Barah Payudara

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Mereka yang Berisiko

  • Umur yang makin meningkat (terutamanya selepas 40 tahun)
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit kanser payudara (ibu, kakak, adik)
  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Telah menghidap kanser pada sebelah payudaya
  • Mengamalkan diet tinggi lemak haiwan

Tanda-tanda Kanser Payudaya

  • Ketulan yang luar biasa pada payudara atau ketiak
  • Terdapat perubahan pada kulit payudara
  • Terdapat cecair luar biasa yang keluar dari puting payudara
  • Sebarang perubahan pada puting payudara, seperti kedudukan puting masuk ke dalam, kemerahan atau luka.
  • Kesakitan berterusan yang luar biasa pada payudara.

Langkah Pencegahan

  • Pemakanan yang sihat iaitu kurangkan lemak, lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat dalam makanan
  • Elakkan makan, makanan yang yang tercemar dengan bahan kimia seperti racun perosak
  • Kekalkan berat badan yang ideal walaupun selepas usia eramas (menopaus)
  • Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  • Lakukan pemeriksaan di klinik anggota perubatan yang terlatih setiap tahun, sekiranya anda melebihi 30 tahun
  • Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya terdapat sebarang perubahan luar biasa pada payudara anda

Pemakanan dan Kanser Payudara

  • Lemak tepu
    • Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak.
    • Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%.
    • 5%lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain.
    • 10% lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain.
    • Pengambilan lemak kurang daripada 15% adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.
  • Serabut makanan
    • berfungsi memelihara kesihatan usus besar, melarutkan bahan karsinogen dan menolong membantu dalam pengaliran hormon steroid termasuk oestrogen.
    • Kita saharusnya memakan sebanyak 25-35 gram serabut makanan sehari daripada 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Satu hidangan merupakan ½ cawan sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran mentah, sehiris betik, nenas, tembikai, sebiji epal, sebiji limau dan lain-lain.
      Bijiran, cereal, roti `whole meal’, pastry, kekacang dan bijiran merupakan sumber serabut yang baik.
  • Pemakanan daripada sumber tumbuhan
    • mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient.
    • Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient.
    • `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • `Probiotics” dan makanan yang diperam
    • menghasilkan pertumbuhan bakteria tidak merbahaya yang memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin.
    • Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.
Oktober adalah bulan Kesedaran Barah Payudara, 'Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa