iklan

Thursday, March 3, 2011

SeKOlAh

sebut pasal sekolah macam-macam perkara yang akan terlintas di kepala kita kan.. pelajar, guru, pengetua, kelas, undang-undang sekolah, baju sekolah, kawan-kawan, exam n macam2 lagi... semua tu menggambarkan keseronokan, tpi adakah sekolah ni tempat untuk berseronok? apa pentingnya undang-undang sekolah? kenapa perlunya ada guru disiplin? semua perkara itu turut menjadi tanda tanya pada kita.. sebetulnya semasa saya dibangku sekolah dahulu saya juga berfikiran begitu banyak persoalan yang saya tnya kan, kenapa tindakan begitu dilarang, kenapa tindakan begini ditegah, kenapa dan kenapa? bila saya mula menjadi pendidik walaupun hanya sementara waktu saya mula sedar betapa pentingnya sekatan-sekatan tersebut.sebenarnya semua guru sayang pada pelajarnya, semua guru mengharap yang terbaik dari pelajarnya dan guru juga berharap mampu menjadi serta menyumbangkan yang terbaik untuk pelajarnya..tiada seorang guru pun mengharap pelajarnya gagal dan hidup susah.. peranan ibu bapa juga penting dalam membantu melahirkan generasi yang berilmu dan bertamadun

No comments:

Post a Comment