iklan

Sunday, August 12, 2012

Pengenalan Modal Insan


Pengenalan Modal Insan
Al-Qur’ān menjelaskan bahawa “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)1”. Kalam Allah s.w.t dengan bahasa yang begitu jelas dan jitu memaparkan terdapat krisis nilai sehingga mengakibatkan kemerosotan nilai kemanusiaan ke tahap yang amat parah dan senario permasalahan yang menimpa alam adalah bertitik-tolak daripada perbuatan manusia sendiri2. Demikianlah dalam sejarah tamadun manusia menjelang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w suatu realiti yang tidak boleh dinafikan adalah kemerosotan nilai manusia ke tahap yang amat parah pada abad yang ke-enam
1 Al-Rum 30:41

2 Abul ‘ Ali Hassan Nadwi 1980:44.

sehingga dunia berada di tebing kehancuran1. Manusia di seluruh dunia pada ketika itu dikuasai nafsu dan kepentingan diri yang ekstrim. Mereka karam di dalam pandangan hidup kebendaan (materialisme) dan memakai undang-undang rimba belantara2. Tegasnya alaf baru kini menyaksikan bahawa nilai manusiawi banyak bergantung kepada nilai kebendaan dan luaran. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w, “... akan datang di kalangan manusia suatu zaman di mana yang mereka pentingkan ialah perut mereka, kemuliaan terletak kepada harta benda milik mereka dan kiblat mereka adalah wanita...”3.
Realiti masyarakat manusia sejagat masa kini menunjukan bahawa mereka sedang menghadapi pelbagai krisis baik dari segi moral mahupun kerohanian4. pembangunan modal insan telah diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Forum Ekonomi Jeddah 2005. Tegas beliau, “untuk kebanyakan negara sekarang pembentukan modal manusia adalah amat penting, amat perlu atau pun satu perkara yang berkaitan antara hidup dan mati...” (Utusan Malaysia 2005).

Manusia dilihat sebagai ´modal´ yang dinamakan ´modal insan´ dan merupakan ´aset tenaga´ yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara, mahupun kemajuan b
1 Abul Hasan ‘Ali al-hasani an-Nadwi 1980:13

2 Wan Salim Wan Mohammad Noor & Hamdan Mohd Hassan 200:10

3 Yussof Muhammad 1999:1

4 Muhammad Uthman el Muhammady 1987:73

perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum dimanfaatkan. Pembangunan sumber manusia atau modal insan adalah agenda yang diberi penekanan penting dalam ajaran Islam. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif dalam kegiatan sosio ekonomi. Untuk memahami maksud pembangunan modal insan, kita perlu jelas atau tahu matlamat kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri. Malah matlamat utama kejadian manusia adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Perkara ini dijelaskan melalui firman-Nya bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepadaKu.”1. Untuk mencapai matlamat ini, manusia diperintahkan mengikut ajaran Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara menyeluruh. Ini kerana Islam itu lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan jika manusia mengikut ajaran Islam secara keseluruhan melalui ajaran Al-Quran dan Sunnah, maka dia dijamin untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya2”.

Konsep pembangunan modal insan memberi tumpuan kepada pembangunan manusia berteraskan ajaran agama Islam yang syumul. Gagasan modal insan ini akan melalui satu skim program yang menyeluruh yang turut merangkumi aspek fizikal dan
1 Surah az-Zaariyat, aat ke 56

2 Surah al-Baqarah, ayat 208

rohani agar insan yang bakal dihasilkan nanti adalah insan yang berkualiti dan dinamik.

Strategi yang diambil untuk mencapai kemajuan dengan pembangunan sumber manusia adalah selaras dengan ajaran Islam. Kemakmuran dan kesejahteraan negara banyak bergantung kepada penduduknya. Jadi, jika setiap orang di negara ini mempunyai kualiti keimanan, ketakwaan dan berakhlak mulia, tentu ia akan memudahkan proses untuk mencapai kejayaan dalam ruang lingkup kehidupan.




No comments:

Post a Comment