Raya tahun ni adalah raya aidilfitri yang pertama tanpa arwah Ayah.Ayah pergi tinggal kan kami pada 16.9.2011. Ayah pergi sebulan selepas raya tahun lepas.. Masa sebelum ayah pergi sepanjang bula puasa tahun tu ayah langsung tak pernah miss untuk bangun sahur. Mek pula sebaliknya, selalu skit2 badan, kadang2 mek tak sertai aku ngn ayah untuk bersahur dan mungkin ALLAH nak bgi peluang untuk aku berbakti pada ayah aku tak pernah tak bagun sahur pada thun tu.. walaupun aku tak makan aku tetap gagahkan diri untuk bangun memasak, paling kurang pun aku perhangat lauk semlam. Ayah pula tak cerewet, ape yang dia nk makan dia beli n wat sendiri.. ada sekali tu tgah seme adik beradik blik umah ayh kejut aku n k.mah siap kn sahur jam 2.30 pagi.. aku bengang jugak maklum la bru je nk lena masa tu,.. aku n k.mah sambung tidur tpi ayah berjaga smpai time sahur. dia kacau kopi n duk sorang2.. bila teringat peristiwa tu.. Mungkin ayah ase masa dia makin dekat kot. dan first time masa raya baru ni ayah benarkan cucu dia ikah rakam gambar dia.. mcm2 aksi dia masa tu.. Terasa masa pantas berlalu. tapi kenagan ngn ayah aku rasa seperti baru semalam. kdang2 dada aku sebak bila teringatkan dia.. aku tabahkan ati.. aku tak boleh tunjukkan kesedihan aku sebab mek memerlukan aku untuk dia terus kuat. Aidilfitri kali ini umah kami dah tak dipenuhi ngn lauk pauk yang mewah, sup gear box ayah yang dah jadi trade mark family aku pun dah tak de..nk makn daging pun kami terpksa beli. kalu masa arwah ada penuh satu peti ais dengn danging, kepla,perut n tulang lembu.. rezeki kami mencurah time raya sebb ayah rajin tolong orang menyembelih lembu.. kali ni terasa sukarnya... Andai la dpat di undur masa...:(
iklan
Thursday, August 16, 2012
RAYA 2012

Sunday, August 12, 2012
Pengenalan Modal Insan
Pengenalan
Modal Insan
Al-Qur’ān
menjelaskan bahawa “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut
disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan
kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka
kembali (ke jalan yang benar)1”.
Kalam Allah s.w.t dengan bahasa yang begitu jelas dan jitu memaparkan
terdapat krisis nilai sehingga mengakibatkan kemerosotan nilai
kemanusiaan ke tahap yang amat parah dan senario permasalahan yang
menimpa alam adalah bertitik-tolak daripada perbuatan manusia
sendiri2.
Demikianlah dalam sejarah tamadun manusia menjelang kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w suatu realiti yang tidak boleh dinafikan adalah
kemerosotan nilai manusia ke tahap yang amat parah pada abad yang
ke-enam
1
Al-Rum 30:41
2
Abul ‘ Ali Hassan Nadwi 1980:44.
sehingga
dunia berada di tebing kehancuran1.
Manusia di seluruh dunia pada ketika itu dikuasai nafsu dan
kepentingan diri yang ekstrim. Mereka karam di dalam pandangan hidup
kebendaan (materialisme) dan memakai undang-undang rimba belantara2.
Tegasnya alaf baru kini menyaksikan bahawa nilai manusiawi banyak
bergantung kepada nilai kebendaan dan luaran. Benarlah sabda
Rasulullah s.a.w, “... akan datang di kalangan manusia suatu zaman
di mana yang mereka pentingkan ialah perut mereka, kemuliaan terletak
kepada harta benda milik mereka dan kiblat mereka adalah wanita...”3.
Realiti
masyarakat manusia sejagat masa kini menunjukan bahawa mereka sedang
menghadapi pelbagai krisis baik dari segi moral mahupun kerohanian4.
pembangunan modal insan telah diutarakan oleh Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Forum Ekonomi Jeddah
2005. Tegas beliau, “untuk kebanyakan negara sekarang pembentukan
modal manusia adalah amat penting, amat perlu atau pun satu perkara
yang berkaitan antara hidup dan mati...” (Utusan Malaysia 2005).
Manusia
dilihat sebagai ´modal´ yang dinamakan ´modal insan´ dan
merupakan ´aset tenaga´ yang sungguh penting dan bermakna kepada
kegiatan ekonomi, pembangunan negara, mahupun kemajuan b
1
Abul Hasan ‘Ali al-hasani an-Nadwi 1980:13
2
Wan Salim Wan Mohammad Noor & Hamdan Mohd Hassan 200:10
3
Yussof Muhammad 1999:1
4
Muhammad Uthman el Muhammady 1987:73
perlu
digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum
dimanfaatkan. Pembangunan sumber manusia atau modal insan adalah
agenda yang diberi penekanan penting dalam ajaran Islam. Dalam
konteks lebih luas, modal insan mencorak hala tuju negara ke arah
wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah
negara akan lemah kerana manusia yang menjadi pencetus kepada
inisiatif dalam kegiatan sosio ekonomi. Untuk memahami maksud
pembangunan modal insan, kita perlu jelas atau tahu matlamat
kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu
sendiri. Malah matlamat utama kejadian manusia adalah untuk beribadat
kepada Allah S.W.T. Perkara ini dijelaskan melalui firman-Nya
bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan
untuk menyembah kepadaKu.”1.
Untuk mencapai matlamat ini, manusia diperintahkan mengikut ajaran
Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara menyeluruh. Ini
kerana Islam itu lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia
dan jika manusia mengikut ajaran Islam secara keseluruhan melalui
ajaran Al-Quran dan Sunnah, maka dia dijamin untuk mendapat
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud: “Wahai
orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya2”.
Konsep
pembangunan modal insan memberi tumpuan kepada pembangunan manusia
berteraskan ajaran agama Islam yang syumul. Gagasan modal insan ini
akan melalui satu skim program yang menyeluruh yang turut merangkumi
aspek fizikal dan
1
Surah az-Zaariyat, aat ke 56
2
Surah al-Baqarah, ayat 208
rohani
agar insan yang bakal dihasilkan nanti adalah insan yang berkualiti
dan dinamik.
Strategi
yang diambil untuk mencapai kemajuan dengan pembangunan sumber
manusia adalah selaras dengan ajaran Islam. Kemakmuran dan
kesejahteraan negara banyak bergantung kepada penduduknya. Jadi, jika
setiap orang di negara ini mempunyai kualiti keimanan, ketakwaan dan
berakhlak mulia, tentu ia akan memudahkan proses untuk mencapai
kejayaan dalam ruang lingkup kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)