Punca Barah Payudara
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Mereka yang Berisiko
- Umur yang makin meningkat (terutamanya selepas 40 tahun)
- Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit kanser payudara (ibu, kakak, adik)
- Tidak pernah melahirkan anak
- Telah menghidap kanser pada sebelah payudaya
- Mengamalkan diet tinggi lemak haiwan
Tanda-tanda Kanser Payudaya
- Ketulan yang luar biasa pada payudara atau ketiak
- Terdapat perubahan pada kulit payudara
- Terdapat cecair luar biasa yang keluar dari puting payudara
- Sebarang perubahan pada puting payudara, seperti kedudukan puting masuk ke dalam, kemerahan atau luka.
- Kesakitan berterusan yang luar biasa pada payudara.
Langkah Pencegahan
- Pemakanan yang sihat iaitu kurangkan lemak, lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat dalam makanan
- Elakkan makan, makanan yang yang tercemar dengan bahan kimia seperti racun perosak
- Kekalkan berat badan yang ideal walaupun selepas usia eramas (menopaus)
- Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
- Lakukan pemeriksaan di klinik anggota perubatan yang terlatih setiap tahun, sekiranya anda melebihi 30 tahun
- Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya terdapat sebarang perubahan luar biasa pada payudara anda
Pemakanan dan Kanser Payudara
- Lemak tepu
- Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak.
- Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%.
- 5%lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain.
- 10% lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain.
- Pengambilan lemak kurang daripada 15% adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.
- Serabut makanan
- berfungsi memelihara kesihatan usus besar, melarutkan bahan karsinogen dan menolong membantu dalam pengaliran hormon steroid termasuk oestrogen.
- Kita saharusnya memakan sebanyak 25-35 gram serabut makanan sehari daripada 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Satu hidangan merupakan ½ cawan sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran mentah, sehiris betik, nenas, tembikai, sebiji epal, sebiji limau dan lain-lain.
Bijiran, cereal, roti `whole meal’, pastry, kekacang dan bijiran merupakan sumber serabut yang baik.
- Pemakanan daripada sumber tumbuhan
- mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient.
- Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient.
- `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- `Probiotics” dan makanan yang diperam
- menghasilkan pertumbuhan bakteria tidak merbahaya yang memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin.
- Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini.