iklan

Tuesday, July 17, 2012

PErkahwiNaN

sedar tak sedar dah nk msuk 2 bulan aku berkahwin. masa ku rasakan terlalu perlahan berlalu, maklumlah suami berjauhan. aku di pahang suami di Bukit Jalil. Maaf sayang krna aku tak berkesempatan menjaga makan minum, mengurus pakaian mu. keadaan memaksa ini terjadi.. INSYAALLAH syg jika niat dan hati kita ikhlas dlm setiap satu perkara ALLAH akan mempermudahkannya. 
Moga kejauhan ni mendekatkan hati kita, 
Moga kejauhan ini mendewasakan kita, 
moga kejauhan ini mengajar kita erti bersabar, 
moga kejauhan ini mengeratkan lagi kasih kita, 
moga kejauhan ini memberi seribu rahmat untuk kita. 
Dalam kerinduan ini buat aku tidak ketentuan. Sukar hidup berjauhan tpi mudah mnjalani hari2 ku. 
Rindu ini wat aku bertambah sayang, 
rindu ini wat aku syahdu, 
rindu ini takkan puas utk ku luahkan. 
love u sayang.. 
hanya kau yang terakhir untuk ku.....

Thursday, July 12, 2012

Kesan dan Tujuan latihan dan Pembangunan


Definasi Latihan (Training).
Latihan ialah sebarang inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan. Ia juga sebagai proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka perlukan dalam melaksanakan tugas. Latihan lebih menumpukan kepada pemerolehan pengetahuan bagi jangka masa pendek.
Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Kebolehan pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka.
Menurut Cascio (1989), latihan terdiri dari program terancang yang direka bentuk untuk menambahbaikan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi. Prestasi yang bertambah baik, sebaliknya menyiratkan bahawa telah terdapat perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan kelakuan sosial.
Sementara itu, menurut Truelove (1995), latihan adalah usaha atau ikhtiar untuk menambahkan pengetahuan , kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja. Motifnya adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara yang khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah merujuk kepada aktiviti dan pengalaman yang direkabentuk untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan, dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan tugas-tugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja dan ia direkabentuk untuk mengajar kemahiran yang baru atau mempertingkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga termasuk dalam penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru.
Manakala menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission ) latihan boleh didefinasikan seperti berikut:
"Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang berkesan melalui sesuatu aktiviti atau pelbagai aktiviti. Tujuanya adalah untuk, (dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan seseorang dan memuaskan kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga organisasi tersebut"
DEFINISI PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT)
Pembangunan bermaksud usaha-usaha yang diambil oleh organisasi dalam jangka masa yang panjang untuk meluaskan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan para pekerja terutamanya untuk pekerja yang telah lama berada di dalam organisasi.
Menurut Francis dan Penn (1994), daripada sudut ahli ekonomi pekerja, kemahiran adalah harta individu, gabungan pelbagai pendidikan, latihan dan kebolehan. Manakala menurut ahli psikologi industri, kemahiran adalah aspek dalam pekerjaan, diperoleh daripada desakan industri dan teknologi dan tanpa memberikan lebih perhatian dalam hubungan antara kemahiran pekerjaan dan kemanusiaan. Seterusnya, menurut ahli sejarah sosial, kemahiran itu lebih fokus pada pembahagian kemahiran kepada kelas bekerja biasa dan contoh terbaik khasnya dalam pembangunan persatuan sekerja (Key Concepts in Adult Learning Education and Training, 1996).
Selain itu, kemahiran dapat didefinisikan sebagai perkara yang memudahkan dalam memberikan sebarang tindak balas. Ia juga bersifat tetap, tindakbalas automatik serta sama dan berulang-ulang. Selain itu, ia juga melibatkan kemahiran sama ada secara mental ataupun psikomotor (The Guidance of Learning Activities, 1962). Kemahiran juga diertikan sebagai kebolehan individu meng-uruskan segala aktiviti fizikal dan mental. Bagaimanapun, kadang kala ia terlibat dalam aktiviti mental sahaja. Kemahiran memerlukan latihan, usaha yang berterusan dan kawalan supaya lebih efektif dan efisien (Instructional Technique, 1980).
Menurut Truelove (1995), pembangunan adalah proses dimana individu itu belajar melalui pengalaman untuk menjadi lebih mahir. Motifnya adalah untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang telah diberikan dalam latihan-bukan setakat prestasi semasa malah prestasi masa depan. Ia melibatkan konsep perkembangan psikologi, tahap kematangan dan menambahkan keyakinan diri.
Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) pula, pembangunan adalah merujuk kepada penambahan keupayaan pekerja dalam mempertingkatkan kerjaya di masa hadapan dengan menekankan keyakinan diri dan kemahiran membuat keputusan. Manakala menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission ) pembangunan boleh didefinasikan seperti berikut:
"perkembangan atau realisasi keupayaan seseorang, melalui pembelajaran sedar atau tidak sedar. Program pembangunan selalunya meliputi elemen pembelajaran terancang dan pengalaman, and selalunya disokong oleh seorang pengajar atau guru kaunseling"
Secara tradisinya, pekerja tingkat rendah "dilatih", sementara pekerja tingkat atas "dibangunkan". Perbezaan ini, yang memusatkan pada pembelajaran kemahiran menggunakan tangan dibandingkan dengan kemahiran antara perorangan dan pembuatan keputusan.
Latihan dan pembangunan adalah bidang yang khusus untuk membantu pihak pengurusan. Program latihan dan pembangunan keseluruhanya adalah bidang yang rumit dan kompleks. Dalam organisasi yang kecil, latihan dan pembangunan boleh menjadi mudah, cuma arahan dari penyelia organisasi. Dalam keadaan yang sebaliknya organisasi tersebut mungkin mempunyai pusat latihannya sendiri seperti Universiti Motorola yang dioperasikan oleh Motorola, Inc.
Latihan dan pembangunan bukan sahaja penting kepada pekerja dan organisasi, malah telah menjadi salah satu agenda utama bagi Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn dalam ucapannya semasa melancarkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) berkata:
“Di dalam era pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan ini, latihan semula pekerja yang berterusan merupakan pemangkin utama dalam menentukan kejayaan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Latihan berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat akan terus digalakkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja.”
PENGETAHUAN
Pengetahuan biasanya berhubungkait dengan daya kognitif dan berbentuk peribadi. pengetahuan telah dikenalpasti sebagai salah satu sumber yang wajib bagi sesebuah organisasi yang ingin berkembang maju.
Latihan mesti mempunyai pengetahuan tapi pengetahuan tidak semestinya mempunyai latihan di dalamnya. Latihan. Pengetahuan dan pembangunan boleh memberi peningkatan dalam kemahiran, pengetahuan dan sikap untuk lebih produktif. Pengetahuan boleh meningkatkan produktivit dan keuntungan kepada organisasi. Pengetahuan dan aspek sumber manusia boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi, socia;, dan politik di dalam sesebuah negara zulkifly 1981. latihan adalah salah satu daripada aspek dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun aspek ini adalah berbeaza antara satu sama lain tetapi saling melengkapi. Ariffin 1985.
KEBOLEHAN INDIVIDU
Kebolehan individu adalah dasar rasional untuk berubah dan merupakan aspek pembangunan bagi objektif di dalam latihan kepada pekerja. Pembangunan Sumber manusia termasuk di dalam aspek latihan, pengetahuan dn pembangunan pekerja.
Terdapat tiga kompenan iaitu aktiviti yang sistematik untuk membangunkan kemahiran dan kebolehan pekerja. Penegetahuan dan kebolehan di dalam merialisasi pembangunan objektif kendiri. Menghasilkan pengetahuan kepada pekerja. Di dalam organisasi yang besar mereka mengurus organisasi dengan perkongsian idea dalam pengurusan. Aktiviti pembelajaran adalah lebih sistematik di dalam pengurusan sumber manusia dan dengan sebab perubahan pengetahuan, kebolehan, kemahiran dan tingkah laku.
KESAN
Pembangunan sumber manusia meliputi aspek-aspek latihan, pendidikan dan pembangunan diri pekerja. Ketiga-tiga komponen ini adalah aktiviti pembelajaran sistematik bagi pekerja me-ningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap (KSA) dalam merealisasikan matlamat memajukan diri dan menghasilkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan. Kebanyakan pengurusan organisasi besar mula mengurus organisasi mereka dengan berpandukan idea knowledge management. Aktiviti-aktiviti pembelajaran sistematik yang dikemukakan dalam sumber manusia adalah merujuk pada pembelajaran dewasa dengan tujuan membawa perubahan pada pengetahuan, sikap, kemahiran dan tingkah laku. Dalam konteks Malaysia, matlamat negara pada masa depan iaitu mewujudkan k-ekonomi. Oleh itu, cara paling baik bagi me-wujudkan pekerja-pekerja berpengetahuan adalah melalui aktiviti-aktiviti latihan, pendidikan dan pembangunan yang merupakan proses pembelajaran dewasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa pekerja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan sikap yang baik mempunyai peluang yang lebih banyak dalam mengembangkan kerjayanya serta menyumbang pada arus perubahan dan pembangunan organisasi.
Latihan, pendidikan dan pembangunan diberi kepada pekerja bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikapnya supaya menjadi lebih produktif. Ini dapat meningkatkan keuntungan dan keefisienan organisasi.
Ini kerana, latihan dan pembangunan menekankan aktiviti pembelajaran sistematik bagi pekerja-pekerja dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap. Kemahiran, pengetahuan dan kebolehan individu dikaitkan dengan sumber manusia daripada segi latihan, pendidikan dan pembangunan.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Jaafar Muhammad (1985), latihan bermaksud pendidikan yang didapati untuk memahirkan atau memperolehi sesuatu kepandaian. Konsep latihan selari dengan konsep pembelajaran di mana individu mendapat kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang akan menimbulkan perubahan tingkah laku yang kekal.
Mengikut Sibson (1976), latihan dibentuk untuk memberi kemahiran yang diperlukan oleh kakitangan dalam melaksanakan tugas mereka. Hackett (1979) pula berpendapat latihan ialah sejumlah masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepada pekerja-pekerja baru atau lama untuk memberitahu serba sedikit tentang polisi organisasi, peraturan kerja dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berpenge-tahuan dan mahir dalam bidangnya. Secara formalnya, latihan ialah kursus-kursus yang dibentuk untuk melahirkan pekerja yang berkualiti.
Latihan kakitangan di dalam sesebuah organisasi bermula dengan analisis keperluan latihan. Menurut Wan Azmi Ramli (1994), berdasarkan penemuan analisis ini sesebuah organisasi harus menyediakan latihan yang diperlukan oleh kakitangannya. Latihan adalah perlu bagi melengkapkan kakitangan dengan kemahiran dan pengetahuan serta sikap positif untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang berkualiti. Ini disokong oleh Mahadavan (1997) yang mengatakan bahawa program latihan atau pembangunan staf mesti mengambil kira keperluan dan keutamaan guru. Ini adalah kerana keperluan bagi setiap peserta adalah berbeza-beza. Oleh itu, jika ia tidak dirancang dengan teliti, ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif di kalangan guru kerana mereka merasakan program latihan yang dihadiri tidak relevan dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Nadler (1986) menunjukkan dengan jelas pembangunan sumber manusia saling mempengaruhi perancangan dan penggunaan sumber manusia. Nadler mengemukakan model ini bagi menunjukkan bahawa aktiviti utama pembangunan individu iaitu latihan, pendidikan dan pembangunan dapat menambah ataupun memperbaiki pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku (KSA) pekerja dalam melakukan tugasnya.
CONTOH KES :
Contohnya German-Malaysian Institute (GMI) adalah projek gabungan kerajaan Malaysia dan Jerman dalam usaha menghasilkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan mereka bentuk program latihan bagi organisasi-organisasi yang memerlukan latihan teknikal. Selain daripada itu, individu-individu juga perlu berusaha mendapatkan kemahiran dan pengetahuan baru dalam menempuh alaf baru yang berasaskan teknologi digital melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran terancang.
Contoh kes lain adalah di Nokia corporation. Di nokia corporation latihan telah membantu pekerja di nokia untuk membangunkan kemahiran yang spesifik dan memudahkan menjayakan kerjaya yang bersifat semasa(terbaru) dan pembangunan untuk jangka masa akn dating. Melalui nokia perspektif, latihan dan pembangunan membantu compani mereka bentuk kerja yang sesuai dengan perubahan dan pembangunan pemintaan di dalam industri telekomunikasi dan bersedia untuk mengetuai masa depan syarikat. Peranan latihan termasuk meningkatkan pembelajaran, reka bentuk dan perkongsian pengetahuan. Pembelajaran merujuk kepada perolehan pengetahuan dari individu pekerja atau kumpulan pekerja, di mana menentukan siapa yang menentukan pembuatan keputusan dan capai tugas di dalam organisasi. Di dalam latihan nokia corporation adalah salah satu siri program yang diwajibkan kepada kehadiran pekerja. Didapati selepas pekerja mengikuti program pekerja didapati lebih bertanggungjawab dalam menjalankan pembelajaran di dalam pekerjaan. Melalui latihan dan pembangunan memboleh membantu pekerja dalam mengeratkan hubungan melalui perkongsian idea . di dalam latihan dan pembangunan di dalam nokia ini turut didapati pekerja dapat memperbaiki mutu kerja, memahami kerja dan membantu pekerja di dalam hubungan antara kandungan latihan dan prestasi individu atau objektif pembangunan atau kejayaan organisasi. Didapati juga Nokia Corporation mewajibkan pekerjaanya menyertai latihan dan pembangunan untuk peningkatan produktiviti pekerja di Nokia Corporation. Selain itu Nokia Corporation turut membuat atau mereka design terbaru di dalam setiap sesi latihan yang akan datang. Pembaharuan demi pembaharuan akan dilakukan dari masa ke semasa.
TUJUAN LATIHAN
Tujuan utama diadakan latihan adalah untuk memastikan bahawa organisasi tersebut dapat mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat, terutamanya daripada sumber yang paling penting (dan yang paling mahal) iaitu pekerja mereka. Oleh sebab itu, tujuan utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan , kemahiran, pengalaman, tingkahlaku, atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang pekerja itu. (Barry, 1994)
Menurut Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya berbeza daripada prestasi yang dikehendaki oleh majikan. Khususnya, antara tujuan latihan adalah:
    1. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang yang tertentu.
    2. Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan..
    3. Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu kerja baru dalam organisasi.
    4. Terdapat pekerja baru.
Bagi pendapat G. A. Cole (1983), keperluan latihan timbul apabila terdapat kekurangan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan tingkahlaku dikalangan pekerja jika dibandingkan dengan kehendak pekerjaan, atau keperluan organisasi akibat dari transformasi.
PENGURUSAN PEMBANGUNAN KAKITANGAN
Dalam mengurus pembangunan kakitangan ia bukan hanya melibatkan pekerja diperingkat bawahan sahaja, malahan pembangunan kakitangan juga melibatkan pekerja diperingkat pertengahan dan profesional. Kaedah untuk mengurus kakitangan adalah berbeza bagi setiap peringkat pekerja dan mestilaj mengikut kesesuaian atau jenis kerja yang dilaksanakan.
Walaupun latihan dan pembangunan mempunyai ketetapan-ketetapan yang tertentu seperti skil, masa, kos dan sebagainya, tetapi untuk membangunkan kakitangan kita perlulah melakukan atau melaksanakan latihan terhadap mereka. Tujuan untuk membangunkan kakitangan berdasarkan pelbagai sebab diantaranya adalah:-
    • Untuk meningkatkan daya tahan terhadap pekerja,
    • Untuk meninggikan lagi skil kerjaya pekerja,
    • Bagi tujuan kecekapan dan kepantasan dalam melakukan kerja dan sebagainya.
Mengikut Barry (1994) dalam bukunya yang berjudul Human Resource Management, apabila merangka atau mencipta sesebuah program latihan pengurusab pembangunan beberapa pendekatan perlu diambil kira, diantaranya:-
    • Pembangunan mestilah dilakukan dalam sebuah kumpulan pekerja yang akan bertindak seperti seorang individu,
    • Teknik belajar mestilah berpadanan dengan tujuan program berkenaan diadakan,
    • Program pembangunan hendaklah bersepadu dengan strategi korporat organisasi berkenaan,
    • Program berkenaan mestilah mengambil kira budaya organisasi tersebut,
    • Pembangunan mestilah mengambil kira kemahuan dan tangapan individu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun tangapan yang dinyatakan ini berkumungkinan kurang tepat. Oleh itu untuk memsatikan kejituan dalam merangka program pembangunan kita hendaklah berpandukan kepada pengalaman. Sesebuah program pembangunan itu dilakukan untuk meningkatkan kecekapan sesebuah institusi, seperti yang dinyatakan oleh Barry (1994) dibawah;
”‘When designing menagement development programmes it is important to bear in mind the growth in mind in demand as company as companies become more international for what are often described as Euro-managers, capable of operating in a number of different countries. In one sector, water for example, there has been an increasing involvement of French companies such as SAUR and the utilities gaint Compagnie Générale des Eaux in UK water operations.”Barry (1994)
Perbezaan individu amat nyata dalam persekitaran latihan. Sesetengah pelatih adalah pelajar yang cepat, sesetengahnya agak lambat sedikit, sesetengahnya bermula dalam keadaan permulaan yang amat tinggi daripada yang lain, sesetengahnya meningkat sedikit sahaja walaupun melakukan praktis yang berterusan. Kelainan dalam corak pembelajaran ini adalah hasil dari pebezaan dalam kemampuan dan motivasi dikalangan pelatih.
Pengurusan pembangunan kakitangan juga perlu menitik beratkan pemindahan latihan, dimana pemindahan latihan merujuk kepada tahap pengetahuan, kemahiran, kemampuan atau ciri lain yang dipelajari dalam latihan dapat diterapkan dalam kerja. Pindahan boleh bersifat positif (yakni , ia mengalakkan prestasi kerja), negatif (yakni, ia menghalang prestasi kerja), atau berkecuali. Latihan jangka panjang atau latihan semula barangkali termasuk sagmen yang mengandungi kesemua tiga keadaan ini.
Pemilihan kaedah latihan yang baru menjelma setiap tahun. Meskipun sesetengahnya telah terasas kukuh dalam teori pembelajaran atau model pembaharuan kelakuan (contohnya, pemodelan kelakuan), yang lainnya lebih dihasilkan dari pembangunan teknologi daripada teori (contohnya pita video, permainan perniagaan berasaskan komputer).
Mengikut Poon (1994) dalam bukunya yang berjudul Pengurusan Sumber Manusia, menyatakan kaedah latihan boleh dikelaskan dalm tiga cara: 1 pembentangan maklumat, 2 kaedah simulasi dan 3 latihan semasa kerja.
1 Teknik pembentangan maklumat termasuklah kuliah, kaedah persidangan, kursus surat-menyurat, bambar bergerak, senarai bacaan, TV litar tertutup dan pita video, pemodelan kelakuan dan pemerhatian bersistem, arahan terprogram, arahan terbantu komputer, latihan kepekaan dan pembangunan organisasi.
2 Kaedah simulasi termasuklah kaedah kes, permainan peranan, latihan kumpulan terprogram, teknik bekas surat dan permainan perniagaan.
3 Kaedah latihan semasa kerja termasuklah latihan orientasi, keperantisan, latihan semasa kerja,latihan hampir kerja (dengan menggunaklan kelengkapan yang sama tetepi jauh dari kerja itu sendiri), pusingan kerja, penugasan jawatankuasa (atau lembaga eksekutif rendah), tunjuk ajar semasa kerja dan penilaian prestasi.
MENILAI PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN.
Keberkesanan dan kejayaan satu-satu program pembangunan sumber manusia dapat ditentukan melalui penilaian latihan. Penilaian latihan membolehkan pihak organisasi menentukan setakat mana pelatih telah mampelajari perkara-perkarayang diajar dan setakat mana pembelajaran itu dapat mempengaruhi prestasi kerja mereka. Selain itu melalui penilaian latihan juga dapat ditenttukan sejauhmana dan sedalam mana pelatih sudah memperoleh sesuatu kemahiran dan/atau pengetahuan. Dari sini, program latihan dapat diubahsuaikan untuk memenuhi objektif-objektifnya.
Konsep kesetiaan merujuk kepada perasaan sayang dan taat kepada organisasi di mana akhirnya menimbulkan rasa dipunyai dan keinginan untuk kekal di dalam organisasi selama-lamanya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesetiaan pekerja di antaranya ialah Latihan dan pembangunan kerjaya.Peluang pekerja menggunakan keupayaan dan meningkatkan kemahiran untuk perkembangan kerjaya. Peluang untuk semua pekerja memainkan peranan secara aktif dalam membuat keputusan-keputusan penting yang melibatkan tugas mereka. Ganjaran yang mencukupi dan adil. Komunikasi terbuka dan saling mempercayai di antara satu sama lain.
Untuk menjadikan pekerja lebih bersedia dan bermotivasi dalam mengikuti program latihan dan pembangunan yang dianjurkan, pereka bentuk program mestilah menonjolkan keistimewaan dan kepentingan program. Selain itu satu persekitaran yang sesuai perlu diwujudkan supaya mereka berasa selesa dan senang mengikuti pembelajaran.
Persekitaran latihan yang kondusif mempunyai sifat-sifat seperti fleksibel, menggunakan penekanan positif, mengurangkan ancaman dan dendaan, membenarkan mereka menetapkan matlamat peribadi, mempunyai arahan yang menarik dan memecahkan halangan fizikal dan psikologi kepada pembelajaran.
Latihan dan pembangunan bukan sahaja penting kepada pekerja dan organisasi, malah telah menjadi salah satu agenda utama bagi Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn dalam ucapannya semasa melancarkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) berkata:
“Di dalam era pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan ini, latihan semula pekerja yang berterusan merupakan pemangkin utama dalam menentukan kejayaan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Latihan berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat akan terus digalakkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja.”
KESIMPULAN
Kemahiran. Pengetahuan dan kebolehan individu mempunyai perkaitan dengan pencapaian dan proses pembelajaran pembelajaran dan pembangunan. Melalui latihan dan pembangunan, pekerja boleh meningkatkan kemahiran,pengetahuan dan kebolehan mereka. Pekerja juga boleh meningkatkan produktiviti organisasi dan prestasi di tempat kerja.
BIBLIOGRAFI

Sunday, June 24, 2012

ALAM BARU

rasanya dah terlalu lama tak menulis. mungkin disebbkan faktor aku tak berkerja n sbuk nn majlis perkahwinan.. hurm betol aku dah pun kwin ngn jejaka pilihan ati.. dah 6 thun kot kitaorg kenal. terima kasih yum ( my husband) coz terima saya sebagai teman sepnjang hayat anda.. majlis kami berlangsung pada 25.5.2012 (akad nikah) n majlis bersanding lak 26.5.2012. manakala majlis menyambut menantu ak diadakan pada 2.6.2012 seminggu selepas majlis belah aku.. bila tempuh alam baru ni kadang2 ase tak percaya pun ada.. tpi buat semnetara wktu ni, aku tak ase bnyk sgt erubhnnye. mungkin sebb aku masih tinggal bersama mak dikampung mnakala suami lak kerja di cheras. jarak masih memisahkan kami. harap yum mleh bersabar tggal berjauhan...YUM tq sgt2 kerana memahmi situasi ini... kat sini aku kepilkan pic2 hari perkahwinan kami..enjoy ya..

Monday, September 12, 2011

photoshoot with yumni harun

bersamaan 12.09.2011 aku n yum kuar utk photoshoot yang ke2.. kat area kg awh - sungai ling pahang... mula2 aku cuma berniat nk service kete jerk.. tpi tetibe lak dia ajak p shoot pic.. da la semlm pent drive dri jerteh ke pahng.. so lepas jerk siap service kete aku round usha tempat menarik..dlm perjlnn tu aku terpikir untuk photoshoot kt area ladng getah ayah aku dekt sungai ling.. alhamdullah pic yg dpt sgt2 menarik.. tpi kesian dekat yum coz gambar dia sekeping pun tak de,, ni la ruginye jadi photographer,.. hehe.,. tq syg.. cntik sgt gmbr2 tu... LU

Monday, April 25, 2011

nuff nang

hahaha akhirnya iklan nuff nang dah masuk dlm blog aku.. tq yumni harun coz update iklan tu...

Sunday, April 24, 2011

apendik







baru2 ni aku blik ker jerteh untuk tgok anak buah aku yang terlantar kt hospital.. kata doktor dia disahkan mengidap apendik. aku terpaksa drive dri phang ke jerteh.. first time aku memandu sejauh tu. tpi alhamdulillah smapi gak aku kt kg.. erm aku smpai kira2 jam 11 mlm.. bertolak plak dlm jam 2 dri bera n berhenti ambik haikal n abg apis (anak buah aku gak).. diorg sonok sgt la kalu dpt blik kg, almaklum lah kat umah diorg tak cukup tnah nk main2 n membe pun tak der asyik berkurung jer... yang kelalakrnye si haikal ni, bdan dia besar n sihat walau pun bru darjah satu, so smpai2 kg ape lagi start main basikal la, kejap kayuh sana, kejap kayuh cni, masuk reban ayam, p baruh.. bila ajak makn tgahari dia tak mau sonok sgt main.. bila dah magrib aku pun suh dia mandi, bila da berenti main n nk mndi mcm2 la jadi, skit kaki la, sakit perut la, gatal badan la.. puas la mek plak kena urut dia, sapu minyak tpi skit perut dia tak hilang2.. mcm2 daah mek wat last2 sekli aku suh dia makn nasi... lepas mkn nsi, pert pun kenyang skit seme hilang.. rupe2 nye dia lapo gile, tpi dsebabkan nk main punya pasl perut lapar pun diabaikan..hehe teringan zamm aku budak2 dulu cm tu la, kalu dpt main seme aku lupa.. erm satu hal lagi, pas melawt izul skit kat kubang kerian aku n family p umah k.nor lepak kondo dia.. c nina ank sepupu aku ni jenis suka bergaya n pndai membodek, dia ajk aku p mandi kt swimingfool, turun la aku meneman dia tapi aku tak join pun... nina ni cute dia suka benda yang cntik2, da nama gurl kan... katanye dia tak nk jdi model tpi dia nk jadi barbie...hehehe pech pert aku dgr cite dia...alamak pic tak leh upload.. len kali aku upload pic mizzz nina ni.. chowwwwwww

Wednesday, April 6, 2011

Resah, Gelisah...

satu kejadian yang aku tak sangka telah aku lakukan hari ini dan itulah punca aku termenung seharian.. salh aku kah? sumpah niat ku ikhlas, aku cuma berniat untuk mendidik dengan cara yang baik tpi aku rasa kan tindakan aku yang sedikit slah.. Bukan niat ku untuk memperlekehkan mereka tetapi mereka merupakan pelajar kelas tercorot, mungkin pemikiran mereka juga tercorot.. aku tidak marah kalu mereka kurang pandai,lambat mempelajari sesuatu tetepi ape yang sgt aku marah adalah sikap mereka yang aku anggap mals, kurang tumpuan dan datang kesekolah hanya untuk suka-suka..dan salahnye aku apabila aku mula menghukum mereka pada sesi persekolahan hari ini, ia bermula dari sikap keseluruhan pelajar, tetapi pelajar yang seorg ini telah ku perhatikan gerak lakunya.. sepnjang sesi p&p berlangsung diaseolah hilang tumpuan,bising, menganggu rakan.. aku tak thu mengapa dia begitu, dalam marah aku menengkingnya mengarahkan agar dia berdiri di atas kerusi, dalam malu2 nya yang pada ku rupanye begitu menjengkilkan menyebabkan marahku semakin membuak2.. dia hanya berdiri tetapi tidak di atas kerusi, aku merasa benar2 tercabar lalu aku memaksa nye lagi dan sekli lagi senyum menjengkilkan dan senyum itu seolah2 mencabar aku.. lalu ku ambil beg sekolahnya, ku cmpak dari TINGKAT 3.. aku puas, benar2 puas tetapi dia tetap berdegil tidak mahu berdiri di atas kerusi lalu ku halau bagi memuaskan ati ku.. dia keluar dengn senyum yang seolah2 mengejek ku... aku tahu dia turun untuk mengambil begnya.. ku biarkan, (padan muka).. lalu ku teruskan sesi p&p ku seketika kemudian aku lihat dia berjalan melalui kelas, mukanya mencuka, terselit rasa bersalah dihatikan lalu ku biarkan dia dikoridor.. masa P&p ku tinggal 30 minit lalu aku mendekatinya di sudut hujung koridor, aku bertanya di mana slah ku? kenapa dia seolah2 tidak suka pada ku? kenapa dia membiarkan helaian kertas tidak dicatitkan nota, dia cuma diam.. ku lihat mata nye kemerahan, aku menyuruh dia memandang ke arah ku...hanya seketika kemudian dipalingkan mukanya... ku tegur n ku nasihati dia.. selesai di situ dan dia mengaku kesalahannya.. tetapi pada ku masih belum ada yng selesai, jiwa ku terganggu, seolah2 aku yang salh mendidik, adakah pendektan ku slah? mereka masih muda dan aku yang sudah dewasa msih belum mampu mengawal diri ku sendiri dan bagai mana aku mahu atau dijadikan sebagai contoh.. aku masih belum layak mendidik............